Hasil Siasatan Punca Kematian Adib Akan Diketahui Tidak Lama Lagi

Posted on

Hasil siasatan penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dikatakan akan dimaklumkan tak lama lagi. Siasatan polis kini dikatakan telah berada di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Kedudukan sama ada (wujud) penyebab-penyebab sehingga berlaku kematian Adib, tidak lama lagi akan kita maklumkan kepada semua.

Allahyarham Muhammad Adib, 24, telah menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara disebabkan kecederaan parah yang dialaminya semasa rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada mencadangkan satu inkues untuk diadakan semula berhubung kes kematian Muhammad Adib, kerana terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba dan penyelamat itu.

Kredit: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.