Mesti ada pengguna kereta ataupun motosikal yang nak gayakan kenderaan korang supaya nampak lebih stail dan luar biasa, betul tak? Macam-macam yang diubah sampai plet nombor pendaftaran pun jadikan fancy. Korang tahu tak benda ni dah melanggar spesifikasi yang ditetapkan?
Bermula hari ini, polis Johor akan memburu pemilik kenderaan yang menggunakan plet fancy dan pemeriksaan ini akan dimulakan dalam kalangan pegawai dan anggotanya. Bukan tu jer, mereka juga tidak akan dikompromi kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Kita akan mulakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor dulu. Kita bercakap soal masyarakat tetapi ada antara pegawai dan anggota polis yang tidak ikut peraturan.
Sejak Januari hingga hari ini, sebanyak 9,985 saman dikeluarkan terhadap kesalahan menggunakan nombor kenderaan fancy.
Antara alasan diberikan, mahukan keunikan, stail dan lain daripada lain yang dilakukan tidak kira siapa termasuk mat rempit serta ahli perniagaan yang mahu tunjuk status mereka menerusi nombor pendaftaran kenderaan fancy ini.
Bermula harini sehingga 31 Disember 2020, polis akan memburu pengguna yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat dan plet nombor pendaftaran fancy melalui Ops Khas.
Kita semua sepatutnya perlu ikut undang-undang tak kisahlah siapapun kita dan kaya mana pun kita. Jangan tunggu operasi baru nak gelabah tukar kepada standard dan tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.
Kredit: Berita Harian