Budak 9 Tahun Pecah Tabung Simpanan Untuk Sumbang Van Jenazah

Posted on

Disaat kanak-kanak sebayanya sedang seronok bermain, namun berbeza buat adik Muhammad Afizal Nor Afizan, 9 tahun yang sudah terlibat dalam melakukan amal kebajikan sejak usia muda lagi.

Sememangnya Muhammad Afizal yang mesra dipanggil Afi bukan kanak-kanak biasa, apatah lagi tak boleh melihat orang lain berdepan kesusahan.

Baru-baru ini, Afi menyampaikan hasrat kepada bapanya ang juga ahli perniagaan Nor Afizan Ayub,untuk turut sama menyumbang, membeli sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Starex untuk dijadikan van jenazah wakaf Amal Valley.

Malah, Afi sanggung memecahkan tabung simpanannya untuk membeli MPV yang akan diwakafkan kepada Amal Valley, badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat pengurusan jenazah secara percuma.

“Saya nak ikut walid (ayah), nak buat apa yang walid buat,” katanya.

Bapanya berkongsikan anak sulungnya itu sememangnya amat istimewa dan mula terlibat dengan kerja-kerja kebajikan (pengurusan jenazah) sejak usia empat tahu lahi.

“Pernah dia balik rumah tanpa baju, bila saya tanya mana baju, Afi jawab dia bagi pada orang yang dia tak kenal. Dia memang tak boleh tengok orang susah, orang tak cukup makan,” katanya.

Dalam pada itu, Aif juga tidak merasa takut untuk membantu bapanya yang juga penyumbang utama dan sukarelawan Amal Valley, untuk menguruskan jenazah.

“Kadang-kadang dia tunggu hingga malam, bantu saya uruskan jenazah,” katanya.

SUMBER: Bernama

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.