Berat mata memandang, berat lagi bahu yang mem1kul. Itu ungkapan sesuai buat kehidupan seorang pengawal keselamatan, isteri dan tiga anak kecil mereka di Pulau Pinang apabila terpaksa menjalani kehidupan seharian hanya di dalam kereta.
Bagi insan bernama Ganesh Soundarajah, jika ditanya tentang di manakah tempat tinggalnya, tempat kediamannya hanyalah dalam sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang sudah mencecah usia 20 tahun.
Kereta itu telah menjadi rumah buat dia, isteri dan tiga orang anaknya sejak lapan bulan lepas. Malah, itulah satu-satunya rumah yang dikenali oleh bayinya yang baru berusia lapan bulan.
Lelaki berusia 33 tahun itu telah menetap dalam kereta bersama isterinya, Parameswari, 32 dan anak-anaknya sejak rumah mereka di Carnavon Street terbak4r pada April lalu.
Ganesh berkata setiap hari dia akan membawa kereta Proton terpakai tersebut dengan anak dan isteri mencari tempat redvp untuk berhenti dan berteduh sementara di sesuatu lokasi di sekitar George Town dan menggunakan tandas-tandas awam untuk mandi dan sebagainya.
Kandungan
- 1 “Kami bergerak merata dan ke mana sahaja tempat yang mempunyai tandas awam supaya kami boleh mandi, basuh baju dan mendapatkan bekalan air bersih,
- 2 “Kadangkala, kami berhenti di sepanjang Sepoy Line, Gurney Drive, Esplanade atau di sekolah tempat saya bekerja,” katanya saat ditemubual oleh pihak The Star.
- 3 “Saya tiada pilihan lain melainkan tinggal dalam kereta ini kerana saya tidak mampu membayar deposit untuk bilik atau rumah, lebih-lebih lagi kebanyakannya meminta RM 800 hingga RM 900 sebagai wang pendahuluan.
- 4 “Saya hanya memperoleh RM1,200 sebulan dan kesemuanya dibelanjakan untuk makanan dan keperluan anak-anak saya.
- 5 “Pada waktu malam, saya parking kereta berdekatan sekolah tempat kerja saya untuk menjaga keselamatan keluarga saya,” ujarnya lagi.
- 6 “Dulu, waktu rumah kami terbakar ramai yang datang untuk memberi barang makanan dan menangk4p gambar seperti kamu semua. Lepas itu, semua orang menghilangkan diri.
- 7 “Kami hanya mahukan sebuah rumah. Boleh ke sesiapa tolong kami?,” rayu Ganesh.
- 8 “Saya sangat gembira bila melihat anak saya makan. Saya hanya boleh menangis bila anak saya beritahu mereka sedang lapar, tetapi tiada makanan yang boleh saya berikan kepada mereka,” akhiri Ganesh.
“Kami bergerak merata dan ke mana sahaja tempat yang mempunyai tandas awam supaya kami boleh mandi, basuh baju dan mendapatkan bekalan air bersih,
“Kadangkala, kami berhenti di sepanjang Sepoy Line, Gurney Drive, Esplanade atau di sekolah tempat saya bekerja,” katanya saat ditemubual oleh pihak The Star.
Ganesh turut menyatakan bahawa mereka telah hilang segala harta benda sewaktu kebak4ran tersebut dan hanya memiliki pakaian yang dipakai ketika kejadian serta kereta Proton Saga yang diberi oleh ibunya.
“Saya tiada pilihan lain melainkan tinggal dalam kereta ini kerana saya tidak mampu membayar deposit untuk bilik atau rumah, lebih-lebih lagi kebanyakannya meminta RM 800 hingga RM 900 sebagai wang pendahuluan.
“Saya hanya memperoleh RM1,200 sebulan dan kesemuanya dibelanjakan untuk makanan dan keperluan anak-anak saya.
“Pada waktu malam, saya parking kereta berdekatan sekolah tempat kerja saya untuk menjaga keselamatan keluarga saya,” ujarnya lagi.
Memetik laporan Free Malaysia Today, walau bagaimanapun Ganesh tidak menunjukkan sebarang harapan atas sebarang bantuan.
“Dulu, waktu rumah kami terbakar ramai yang datang untuk memberi barang makanan dan menangk4p gambar seperti kamu semua. Lepas itu, semua orang menghilangkan diri.
“Kami hanya mahukan sebuah rumah. Boleh ke sesiapa tolong kami?,” rayu Ganesh.
Anak-anak Ganesh, Girthikanesh, 6, dan Devi Shri, 3, dilihat sentiasa gembira seakan-akan tidak mengetahui tentang masalah yang dihadapi keluarga mereka.
“Saya sangat gembira bila melihat anak saya makan. Saya hanya boleh menangis bila anak saya beritahu mereka sedang lapar, tetapi tiada makanan yang boleh saya berikan kepada mereka,” akhiri Ganesh.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: The Star (N. Trisha) , Free Malaysia Today (Predeep Nambiar)
Can please share any contact details to help this family?