Memetik komen dari seorang pengguna facebook yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter (@suhaimyharun) berkenaan artikel ustaz ebit lew melawat mangsa tangan putus di pasir gudang johor.
Zul hafiz yang dikatakann berasal dari Kota Bharu kelantan dilihat dikecam teruk akibat komen yang tak berasas dari beliau., sedangkan semua rakyat malaysia tahu bahawa Ustaz Ebit Lew bukanlah seperti yang diberiahu beliau
Kandungan
Berikut adalah reply dari pengguna twitter yang lain berkenaan isu ini.
“Biar la dia. Dia nak bantu ape salahnya? Kita yang tk dapat bantu ni sekurang kurangnya doakan kesejahteraan beliau untuk sentiasa membantu umat manusia yang lain yang dalam kesusahan yang lebih memerlukan daripada kita”
Apa komen korang ? pic.twitter.com/hVWGSD9QcQ
— S U H Λ I M Y (@suhaimyharun) December 24, 2020
inilah tanda manusia yg busuk hati, dia hanya tahu judge je. Sembang kepala anjing pun boleh terbang tapi habuk apa pun x dak. Hati dia sakit bila tgok kebaikan. Diri sendiri hanya mampu jadi keyboard warrior.
TERDAHULU, Ustaz Ebit Lew melawat mangsa langgar lari di Johor Bahru
JOHOR BAHRU: Mangsa kemaIangan langgar lari ketika sedang bertugas di Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini semalam sehingga terpaksa dipotong tangannya menerima kunjungan pendakwah popular, Ebit Lew.
Lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini itu dimuat naik pendakwah tersebut di laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.
Menurut beliau, kunjungan itu dibuat pihaknya sejurus selepas selesai memberi ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar.
“Sayu sebak, selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail ziarah pak cik kerja penyelenggara jalan yang dilanggar di Lebuhraya Pasir Gudang.
“Tangan kanannya dipotong. Ziarah beri semangat dan sedikit sumbangan,” tulisnya ringkas dalam kenyataan itu
Mangsa, Mohd. Sis Latif, 55, kini sedang dirawat di HSI setelah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan yang berlaku pada pukul 11.50 pagi, semalam.
Ketika kejadian, mangsa bersama dua rakan sedang berdiri di atas platform hidraulik di bahagian belakang lori bagi membaiki jalan berlubang di laluan berkenaan.
Secara tiba-tiba, lori berkenaan dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di tangan kanannya.
Menurut kenyataan itu lagi, Mohd. Sis turut memberitahu dia berasa seperti masih mempunyai tangan dan mahu menggerakkan jarinya.
“Pak cik ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari. Pakar minta abang selalu usap tangan tu, dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil. Insya-Allah nanti akhirat semuanya sempurna,” menurut kenyataan itu.
Ebit turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Mohd. Sis selain turut mendoakan kesejahteraannya. – UTUSAN ONLINE
Admin harap orang-orang seperti zul hafiz ini mendapat kesedaran dari apa yang terjadi. Kalau tiada apa-apa yang baik untuk disampaikan lebih baik berdiam.
Kita semua tahu Ustaz Ebit Lew adalah seorang yang ikhlas dalam membantu orang yang tengah susah.
Mungkin ramai yang masih tak kenal, berikut adalah biodata penuh tentang HERO Sebenar kebanggan negara pada ketika ini:
Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Umur: 36 Tahun
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama: Islam
Status : Berkahwin
Pendidikan :SK Bukit Ridan (1991-1996)
SMK Muadzam Shah (1997-1999)
SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pemilik Elewsmart
21 Pesanan Bermakna Dari Beliau
1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”
2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”
3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”
4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”
6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”
7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”
8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”
9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”
10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”
11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”
12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”
13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.
14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”
15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”
16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”
17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”
18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”
19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”
20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”
21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”
Sumber – Twitter / mywilayah.com via jirancakap