Sembilan lemas, kereta terjunam dalam Sungai Batang Lupar

Posted on

Sembilan sekeluarga lemas selepas pikap yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti feri Triso, Beladin, di sini, hari ini.

Semua sembilan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap di dalam kenderaan dikeluarkan oleh orang awam, namun semuanya sudah lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman, kejadian berlaku kira-kira jam 3.05 petang membabitkan lima lelaki dan empat perempuan.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke tempat kejadian kira-kira 60 kilometer dari balai.

Katanya, identiti mangsa belum diperolehi.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.