Kanak-Kanak Berusia 2 Tahun Leka Bermain Di sekeliling Pusara Ayah Dan Ibunya Undang Sebak

Posted on

Melihat anak kecil kehiIangan ibu bapa adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Lebih-lebih lagi ketika itu mereka masih belum menyedari bahawa pusara yang kerap diziarahi adalah milik ibu bapa tercinta.

Pernah tular sebelum ini

Kisah pasangan suami isteri yang maut akibat kemalangan jalan raya beberapa bulan lepas amat menyentuh hati berikutan meningga1kan seorang anak kecil berusia lebih kurang 2 tahun.

Ziarah pusara ibu ayah

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh bapa saudara kanak-kanak tersebut, dia telah memuat naik beberapa gambar anak saudaranya yang berusia 2 tahun bermain di sekeliling pusara ayah dan ibunya.

Tak nak balik leka bermain

Menurut Azuan Samsuddin, anak saudaranya yang bernama Muhammad Arfan Ziqri dilihat seolah-olah ingin bercakap dengan ibunya. dia juga kelihatan amat merindui allahyarham ibu bapanya kerana tidak mahu berganjak apabila diajak pulang.

Besar ujian untuk anak sekecil ini

Perkongsian yang dibuat oleh Azuandi Facebook miliknya telah mengundang sebak warganet yang melihat posting tersebut.

Masing-masing telah menyuarakan rasa sedih diatas apa yang berlaku dan mendoakan agar anak kecil itu membesar sebagai insan yang hebat.

Sumber : Azuan Samsuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.