Bazar Ramadan di Kelantan dibatalkan

Posted on

Bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri dibatalkan susulan kes Covid-19 di negeri itu mencatatkan peningkatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin memaklumkan perkara berkenaan menerusi Facebook hari ini.

Dr Izani berkata, Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar membendung penularan wabak berkenaan.

BACA: Kelantan hadkan dua pelanggan di satu gerai Bazar Ramadan

Semalam, Covid-19 di Kelantan mencatat 171 kes dan berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.

Pada masa sama, Kelantan juga merekod satu kluster baru iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang bulan puasa ini dengan kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian dengan lokasi selain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ahmad dilaporkan berkata, penjual hanya dibenarkan melayan dua pelanggan pada satu-satu masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.