Program Jaringan Prihatin yang baru dirasmi oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Mei 2021 menawarkan dua manfaat kepada penerima B40 yang layak untuk mendapatkan pakej peranti atau pelan data bulanan.
Di sini diterangkan lebih lanjut tentang bantuan subsidi Jaringan Prihatin dan cara membuat permohonan.
Kandungan
APAKAH SUBSIDI / BANTUAN JARINGAN PRIHATIN?
Untuk makluman anda, Program ini adalah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data Internet atau pembelian peranti mudah alih.
Program bernilai RM3.5 bilion ini merupakan pelengkap kepada inisiatif MyDigital yang diumumkan pada Februari 2021, yang bertujuan membina bakat dan kemahiran digital seiring dengan usaha keterangkuman berpaksikan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
JUMLAH BANTUAN / SUBSIDI Jaringan Prihatin
Menurut kenyataan rasmi oleh Kementerian Kewangan (MoF), jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah seperti berikut:
- KATEGORI 1 : Isi rumah yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun – RM300 di bawah bantuan untuk pakej peranti dan RM180 untuk pelan data bulanan untuk 12 bulan.
- KATEGORI 2 : B40 yang tiada anak bawah umur 19 tahun ditawarkan RM180 untuk pakej peranti dan RM180 bagi data bulanan.
TARIKH PENDAFTARAN
Pendaftaran akan dibuka daripada 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.
CARA PERMOHONAN / PENDAFTARAN
Penerima yang layak boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan mereka dan menyertai mana-mana pelan yang diiktiraf di bawah program ini.
- Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀
- Digi: https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm
- Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀
- Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀
- redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀
- speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀
- Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀
- U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin⠀
- unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀
- XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀
- YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀
- Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin⠀
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info lanjut tentang Program ini, sila layari info penuh di Portal Belanjawan 2021 Kementerian Kewangan Malaysia.
https://belanjawan2021.treasury.gov.my/…/jaringanprihat…
Sila rujuk syaikat komunikasi berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang perincian pelan yang ditawarkan di bawah Program Jaringan Prihatin B40 ini.
Semoga bantuan ini dapat membantu mereka untuk mengembangkan bakat dalam bidang berkaitan di samping memenuhi keperluan isi rumah dalam era digital.
Jadi jangan lupa daftar sebelum 30 Julai ini ya!
*Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia & sirap limau