Sesak 1.3km sebelum Plaza Tol Bentong

Posted on

Pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) lebih ketat di Plaza Tol Bentong arah ke Kuantan bagi mengelak cubaan orang ramai merentas negeri tanpa kebenaran menyebabkan berlaku kesesakan sejauh 1.3 kilometer (km) hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kesesakan berlaku apabila pasukan petugas SJR memeriksa secara terperinci setiap kenderaan yang melalui plaza tol terbabit.

Menurutnya, bagaimanapun semakan setakat ini kebanyakan mereka mempunyai kebenaran rentas negeri.

“Petugas SJR sudah diberi arahan supaya menyemak dengan teliti supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan merentas negeri tanpa kebenaran.

“Jika pemeriksaan mendapati mereka memberi maklumat tidak tepat dan tidak mendapat kebenaran kita akan keluarkan kompaun dan arahkan berpatah balik,” katanya

Zaiham berkata, keadaan sesak juga disebabkan pergerakan penuntut universiti yang mula pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri apabila ada ibu bapa yang datang mengambil mereka.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di Facebook berkata, trafik sesak sepanjang 1.3km sebelum Plaza Tol Bentong arah ke Bentong.

Media semalam melaporkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mula pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat bermula semalam sempena sambutan Aidilfitri.

Pihak IPT menyediakan kenderaan khas bagi proses penghantaran pulang dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.