Nekad rentas negeri guna surat tanpa kelulusan

Posted on

Polis mengenal pasti terdapat segelintir individu yang menggunakan surat kebenaran rentas negeri tanpa mendapat pengesahan dari balai polis untuk pulang ke kampung halaman.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagaimanapun, taktik itu tidak berhasil apabila perbuatan itu berjaya dikesan oleh pihaknya menerusi pemeriksaan ketat di sekatan jalan raya (SJR) seluruh pintu masuk ke negeri ini.

Shafien berkata, sebanyak 500 buah kenderaan yang cuba masuk ke negeri ini di melalui semua SJR diarah berpatah balik sehingga semalam.

“Tindakan itu kerana individu terlibat bukan sahaja tidak memiliki dokumen sah, malah memberikan alasan yang tidak munasabah.

“Setakat ini pintu masuk ke Kelantan yang paling sibuk ialah di Gua Musang dan Pasir Puteh. Saya telah mengarahkan semua ketua polis di sempadan untuk melakukan pemeriksaan ketat,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.