ebelia

eBelia: RM150 Kredit Boleh Ditebus Mulai 1 Jun Di 4 Platform eWallet Ini

Posted on

Berita baik buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang berusia 18 hingga 20 tahun

Hal ini kerana anda bakal menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Penebusan kredit eBelia boleh dibuat mulai 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz melalui Facebook rasmi beliau baru-baru ini.

Dalam pembentangan awal, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM50 menerusi Program eBelia ini.

Namun, selepas itu kerajaan telah mengumumkan bersetuju untuk meningkatkan jumlah kredit eWallet kepada RM100.

Menerusi Pemerkasa, kerajaan sekali lagi telah membuat keputusan untuk menaikkan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.

Kategori belia (eBelia) yang layak membuat penebusan RM150

BACA: Jaringan Prihatin B40: Cara Untuk Mohon Subsidi RM180 / RM300 Peranti & Data

 

Penebusan kredit eWallet menerusi Program eBelia ini hanya layak untuk belia dalam kategori berikut:

  • mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada 2001-2003)
  • belajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar

Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.

Tarikh penebusan kredit bermula dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

RM150 boleh ditebus melalui 4 platform eWallet yang terpilih

Setakat ini, pihak kerajaan masih belum memaklumkan cara untuk membuat penebusan kredit menerusi Program eBelia ini.

Walau bagaimanapun, penebusan boleh dibuat menggunakan aplikasi eWallet seperti di bawah:

  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • ShopeePay
  • BigPay

Ini caranya untuk anda tebus RM150 daripada mana-mana 4 platform eWallet yang terpilih:

  • Muat turun aplikasi eWallet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan eWallet yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch n Go eWallet
  • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi eWallet tersebut. Pengendali eWallet akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  • Di aplikasi eWallet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan tekan “Hantar”
  • Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya

Untuk maklumat lanjut, anda boleh saja layari laman web Belanjawan 2021: Program eBelia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.