Bitcoin

Hadapi Tekanan China, Bitcoin Dilapor Susut Nilai, Dari Paras Tertinggi RM 262,953 Satu Bitcoin Kini Hanya RM 154,217

Posted on

Bitcoin sekali lagi mencatatkan kerugian setelah China berikrar untuk ‘membanteras’ aktiviti perlombongan dan perdagangan mata wang Kripto. Ia didagangkan pada harga $ 38,000 (RM 154,217) setiap satu.

Nilai tersebut lebih rendah dari paras tertinggi sepanjang masa dalam tempoh sebulan yang lalu iaitu lebih dari $ 63,500 (RM 262,953).

Menurut CGTN, tindakan yang dilakukan China itu adalah dalam usaha untuk mencegah risiko kewangan pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh wakil Perdana Menteri, Liu He pada Jumaat.

Dikatakan juga sebagai langkah untuk menentang mata wang maya, tiga orang pengawal selia kewangan China telah melarang institusi kewangan daripada perniagaan berkaitan Kripto pada Rabu lalu.

Jawatankuasa Kestabilan dan Pembangunan Kewangan Majlis Negeri berkata bahawa China juga akan menangani aktiviti haram di pasaran sekuriti dan menjaga kestabilan forex, bon dan pasaran saham.

Negara itu selama ini menguasai sebahagian besar perlombongan bitcoin di dunia. Ia menyumbang lebih daripada 70 peratus kuasa pengkomputeran dunia untuk bitcoin antara September 2019 dan April 2020.

Sumber: CGTN

Nak Beli Matawang Kripto ? Klik Disini :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.