Minggu lalu hangat diperkatakan apabila seorang wanita mendakwa pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Syazuwan Hassan selama 11 tahun berakhir apabila bekas teman lelakinya itu berlaku curang.
Menurut wanita yang menggunakan nama Adora itu mendakwa Syazuwan berpisah dengannya selepas menjalinkan hubungan dengan pelakon, Wafariena Roslan.
BACA: Dituduh ‘Perampas’ Kekasih Orang, Wafariena Akan Ambil Tindakan Undang-Undang
Tidak melatah dengan pendedahan wanita itu, Wafariena berkata dia sedikit pun tidak risau nama baiknya tercalar kerana tuduhan yang dilempatkan tidak benar sama sekali.
“Saya hanya mampu tertawa tatkala membaca pendedahannya dalam laman sosial. Apa yang membuatkan saya keliru, wanita itu menyatakan Syazuwan adalah bekas kekasihnya. Ini bermakna hubungan mereka sudah berakhir, jadi kenapa perlu melatah?
“Mungkin ketika membuat pendedahan, wanita itu sedang dirundung masalah. Jadi, dia cuba mencari seseorang untuk melampiaskan kemarahannya. Jujurnya, antara saya dan Syazuwan, tiada hubungan istimewa, sebaliknya kami rapat sebagai rakan dalam industri,” katanya kepada BH Online.
Jelas Wafariena lagi, hubungan akrabnya dengan Syazuwan di lokasi penggambaran bagi menghidupkan watak dalam drama Baby Tak Gila mungkin menyebabkan wanita itu salah sangka.
Wafariena turut mempersoalkan mengapa wanita itu tidak bersemuka sahaja dengannya serta meminta untuk mengemukakan bukti jika benar dia seorang perampas.
“Saya agak terkilan apabila Adora memberikan gelaran kurang enak kepada saya. Jika betul, saya rempit, sundal dan perampas seperti didakwa, mana buktinya?
“Wanita itu sendiri mengakui lega hubungan dengan Syazuwan sudah berakhir, jadi kenapa tidak ‘move on’, sebaliknya menuding kesalahan kepada saya. Sedangkan, saya tidak pernah kenal siapa Adora.
“Sejujurnya, saya tidak takut dengan pendedahannya. Selagi tidak buat salah, kenapa saya perlu takut? Cuma, mulut netizen tidak boleh ditutup. Jika betul saya mengganggu hubungannya dengan Syazuwan, kenapa tidak bersemuka atau paling tidak, menghantar mesej bertanyakan perkara yang sebenar?,” katanya.
Dalam pada itu, Wafariena berkata mungkin wanita itu tidak berada dalam industri serta tidak faham keakraban hero dan heroin drama hanya semata-mata mahu menghidupkan watak.
“Saya bukan hanya rapat dengan Syazuwan, ramai juga pelakon lain yang saya baik. Bukan Syazuwan sahaja pernah menjadi kekasih saya dalam drama, tetapi ramai lagi pelakon lain. Salah seorangnya, Azhan Rani sehingga penonton menyangka kami benar-benar bercinta.
“Saya bangga penonton menyangka saya dan Azhan bercinta kerana ia bermakna lakonan kami menjadi. Jadi, rasanya Adora tidak perlu melatah kerana keakraban saya dan bekas kekasihnya itu hanya untuk menghidupkan lakonan sahaja,” katanya.
sumber: Rotikaya