Remaja OKU Jadi Sukarelawan Urus Jenazah Pesakit COVID-19 Terima Pujian

Posted on

Tiada sesiapa pun di dunia ini yang hendak dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU). Namun siapa kita untuk menidakkan takdir yang sudah ditentukan untuk kita.

Menjadi OKU bukan satu penghalang

Terdapat sesetengah pihak memliki pandangan baik terhadap golongan OKU. Mereka menganggap bahawa golong berkenaan satu anugerah dan ada juga yang menganggap ia satu musibah.

Mungkin kita boleh melakukan apa sahaja pekerjaan sekalipun kerana kita mampu dan sihat tetapi bagi mereka yang kelainan upaya, mereka tabah serta cekal dalam mencapai apa yang diingini dalam hidup.

Walau bagaimanapun, menjadi OKU bukanlah satu penghalang bagi seorang remaja lelaki yang berasal dari Kedah ini untuk menjadi sukarelawan bagi membantu menguruskan jenazah pesakit COVID-19.

Tidak memiliki jari pada kedua-dua belah tangan

Kisahnya telah dikongsikan oleh Muhammad Ridzuan Osman DikWan di Facebook. Remaja lelaki berkenaan dikenali sebagai Muhd Ammar Ikhwan yang berasal dari Kota Kuala Muda, Kedah ini tidak memiliki jari pada kedua-dua belah tangannya, namun dia tetap berusaha untuk melaksanakan tuntutan fardhu kifayah tersebut.

Remaja yang berusia 22 tahun ini merupakan golongan istimewa dan menganggap kekurangan yang ada pada dirinya itu bukan satu alasan untuknya membantu menguruskan jenazah pesakit COVID-19.

Bantu menguruskan jenazah pesakit COVID-19

Sumber : Muhammad Ridzuan Osman DikWan & Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.