Baru-baru ini nama Nonny AF5 tiba-tiba sahaja panas dalam industri hiburan gara-gara didakwa calon isteri ketiga dengan Datuk Red. Bukan sahaja dituduh bercinta malah jelasnya lagi, beliau juga dikatakan sering meminta duit dari ahli perniagaan itu. Enggan terperangkap dalam sejarah kontroversi yang pernah melanda Ruhainies, Nonny bersumpah tidak bercinta dengannya.
BACA: Nonny AF5 Nafi Sekerasnya Bercinta Dengan Datuk Red
“Benar sejak hujung Julai lalu, lelaki itu sudah cuba untuk mengganggu hidup saya. Namun saya tidak pernah ambil kisah. Sehinggalah cerita kami konon-kononnya bercinta digembar-gembur baru-baru ini oleh dia sendiri, permainan gila apakah ini. Paling marah, saya dikata meminta duit daripada lelaki itu walhal hakikatnya kenapa perlu saya berbuat sebegitu”
“Siapa dia dalam hidup saya hingga sewenang-wenangnya boleh bertindak cara itu. Sumpah! Kami tidak pernah ada hubungan istimewa. Nak bercinta berbulan-bulan macam mana? Saya tak pernah memberikan nombor telefon pada dia. Saya tidak akan layan ‘permainan’ dia. Lagipun sudah ada ‘sejarah’ sama terjadi pada seorang artis. Dah boleh dijadikan sebagai pengajaran pun”
Bagi mempertahankan lagi kenyataanya, Nonny ada memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Tetapi apabila isu ini timbul, Nonny akui ada bergaduh dengan teman lelakinya, sekaligus turut menjejaskan hubungannya dengan bakal keluarga mertua.
“Tak pasal-pasal juga, saya dan teman lelaki bermasam muka gara-gara gosip ini. Hubungan cinta kami ini dah sampai peringkat yang serius. Dah fikir tentang perkahwinan. Apa pula kata bakal keluarga mentua apabila dapat tahu tentang cerita sebegini. Jenuh pula saya kena terangkan kepada mereka,” jelasnya kepada Utusan Online.
Sumber : UTUSAN ONLINE