Nenek lintas jalan

Kota Bharu: Nenek lintas jalan pukul 3 pagi bukan jelmaan

Posted on

Rakaman video tular yang memaparkan kelibat seorang nenek melintas jalan di Jambatan Binjai Manis Ketereh, Kelantan pada pukul 3 pagi baru-baru ini akhirnya terjawab apabila individu tersebut disahkan manusia biasa.

Perkara itu didedahkan pengendali laman Facebook Hello Kelantan yang memuat naik gambar warga emas tersebut hari ini namun maklumat seperti nama, umur dan mengapa dia berjalan bersendirian tidak diketahui.

“Ini mak cik yang dipercayai ditemui pada pukul 3 pagi di kawasan Jambatan Binjai Manis Ketereh yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai persepsi.

“Bahaya berjalan seorang diri malam-malam. Semoga Allah panjangkan usia dan permudahkan urusan mak cik,” ujar kapsyen hantaran tersebut.

Video dengan muzik latar yang agak menyeramkan itu sebelum ini menarik perhatian netizen yang kebanyakan mereka menyifatkan warga emas berkenaan sebagai jelmaan makhluk halus.

“Mungkin mak cik ini ada penyakit nyanyuk atau sebagainya. Tolonglah pantau kasihan dia,” ujar seorang pengguna media sosial bernama Nur Nunu.

“Bahaya mak cik awal-awal pagi lintas jalan dalam gelap. Kereta laju-laju semua. Bimbang jika jumpa penyamun, haiwan buas. Kami doa mak cik sihat dan kalau hendak keluar bawa lampu suluh,” ujar netizen bernama Ayzoll AZ.

“Biasanya kalau jumpa pukul 2 pagi hingga 5 pagi itu mungkin orang kampung hendak pergi menoreh getah. Orang dulu-dulu memang hati kental,” ulas seorang lagi netizen.

sumber: Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.