Bayaran BPR Tambahan Sehingga RM500 Dah Mula Dikreditkan| Dalam PEMERKASA Plus yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini, pakej Bantuan Prihatin Rakyat BPR Tambahan telah diperkenalkan. Untuk maklumat BPR Fasa 2 telah dikreditkan kepada penerima pada bulan Jun ini. Mereka yang tidak lulus boleh buat Rayuan BPR sehingga 30 Jun 2021.
NILAI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT TAMBAHAN
Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh penerima :
-Pendapatan Isi Rumah bawah RM2500 = BPR Tambahan RM500
-Pendapatan Isi Rumah bawah RM5000 = BPR Tambahan RM300
-Bujang : BPR Tambahan RM100
Kandungan
TARIKH BAYARAN BPR TAMBAHAN
Menurut sumber rasmi LHDN, tarikh pembayaran akan dilakasanakan pada penghujung bulan Jun 2021.
Tarikh sebenar bermula pada 22 Jun 2021 SECARA BERPERINGKAT mengikut bank masing-masing.
Ada yang masuk awal, ada yang masuk lambat. Sila semak di bank anda secara online dulu.
CARA SEMAKAN
BACA: Senarai Insentif Disediakan Bantu Golongan B40, Usahawan & Orang Asli
Anda boleh semak kelayakan anda pada penghujung Jun 2021.
-Layari portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/
-Log masuk & masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
-Tekan Semak.
Sumber: Siraplimau.com
Nilai Bitcoin Terus Menurun – China Meminta Bank Halang Transaksi Kriptowang
Nilai Bitcoin kini dilihat terus menurun, dimana kini bernilai bawah RM140k. Salah satu puncanya adalah kerana China meminta pelbagai institusi kewangan untuk menghentikan sebarang transaksi melibatkan kriptowang.
Hal ini secara tidak langsung memberikan sentimen negatif terhadap pasaran kriptowang dan membawa kepada pelbagai kriptowang berkurangan nilainya.
Arahan terhadap bank China ini selari dengan pengumuman pihak berkuasa China sebelum ini. Malah, beberapa kawasan di China turut telah mengharamkan aktiviti melombong kriptowang.
Bank pusat di China mengatakan ia membawa kepada risiko transaksi tidak sah antara negara, selain pengubahan wang haram.
Sealri dengannya, pelbagai institusi kewangan di China telah mengatakan akan mengambil langkah berkaitan dalam mengekangnya.
Ketika artikel ini ditulis, nilai Bitcoin adalah sekitar RM137k, sementara Ethereum adalah sekitar RM8.3k.