Ezzaty Abdullah Dikecam Kerana ‘Dicempung’

Posted on

Belum lagi ditayangkan di pawagam, tiga babak intim lakonan Ezzaty Abdullah, 27, dalam filem Kau Takdirku yang akan ditayangkan bermula 7 September ini mula dikecam segelintir netizen di laman sosial sejak semalam.

Tiga babak intim itu menunjukkan Ezzaty dicempung dua kali oleh Remy Ishak dan sekali oleh Bront Palarae di tepi pantai.

Bagi Ezzaty, babak itu relevan dengan cerita dan tuntutan watak.

Katanya, dia hanya menjalankan tanggung jawab berdasarkan tuntutan babak dan watak ketika itu.

“Saya sedia dikecam apabila ditayangkan di pawagam kelak. Kalau kecaman itu dari penonton yang sudah menontonnya, saya terima. Jika sebaliknya, saya enggan ambil tahu sebab mereka tidak menontonnya,” katanya.

Ezzaty juga sedar ada segelintir pihak memang suka menghukum tanpa mengetahui jalan cerita yang sebenar. Waima, filem belum ditayangkan pun, sudah ada yang membuat ulasan pelbagai.

Disebabkan hal itu, isteri pelakon Azwan Kombos, mengambil pendekatan menolak tepi semua komen negatif golongan itu.

Pun begitu, Ezzaty yang sedang mengandung enam bulan akui akan elak melakukan babak serupa pada lakonan akan datang kerana perlu menjaga statusnya sebagai isteri dan ibu.

Selain Ezzaty, Remy dan Bront, filem Kau Takdirku arahan Jason Chong turut menampilkan Aisya Hasnaa, Megan Tan, Kartina Aziz dan Hasnul Rahmat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.