Satu video yang memaparkan pejuang Taliban menggunakan gimnasium telah menjadi tular di media sosial.
Klip video yang luar biasa itu telah berlegar di internet selepas pejuang Taliban tersebut kini mula muncul di kawasan awam seluruh Afghanistan setelah mereka berjaya mengambil alih negara terbabit.
Dalam video tersebut, dapat dilihat ada sekumpulan pejuan Taliban sedang menggunakan mesin lari, mesin angkat berat dan ada juga yang sedang menggunakan dumbell.
Ada juga yang terlihat menggunakan mesin senaman yang terdapat di gimnasium itu dengan cara yang salah.
Para lelaki yang lengkap dengan pakaian tradisional mereka iaitu Shalwar Kameez dapat didengari sedang ketawa ketika mereka berlegar-legar mencuba pelbagai peralatan yang terdapat di gimnasium tersebut.
Dan ada suatu ketika, kamera teralih ke arah seorang pejuang yang memikul pelancar RPG di belakang badannya.
Klip rakaman yang luar biasa itu dilaporkan dirakam dari gym yang terdapat di istana presiden, namun ianya belum dapat disahkan lagi.
🚨 | NEW: Taliban take control of a gym at the presidential palace pic.twitter.com/hJv5ZWMvw8
— News For All (@NewsForAllUK) August 17, 2021
Sumber: Express & siakap keli