cara semak shopee

Cara Semak Jumlah Wang Yang Telah Anda Belanja Di Shopee

Posted on

Cara Semak Jumlah Belanja Di Shopee| Shopee merupakan salah satu laman edagang popular, yang digunakan ramai dalam mendapatkan pelbagai barangan. Dengan populariti, dan pelbagai diskaun ditawarkan – ia sering membuatkan kita terbeli sesuatu barangan tanpa sengaja – sekaligus meningkatkan jumlah kita belanja melalui Shopee.

Terbaru, dalam mengetahui jumlah wang yang telah kita belanjakan di Shopee, salah seorang pembangun tempatan menyediakan sebuah kod ringkas yang boleh anda semak melalui pelayar web anda.

Bagi anda yang menggunakan Chrome di desktop, boleh mengikuti langkah berkenaan, dan mengetahui jumlah wang yang telah anda belanjakan melalui Shopee.

Untuk menyemak, anda perlu ke laman Github, dan salin kod yang ditawarkan.

Salin Kod Di Github Ahmad Saiful Bahri

Semak jumlah shopee

Selepas salin, sila ke laman Shopee, dan pergi ke halaman “Pembelian Anda

Seterusnya, klik-kanan pada laman berkenaan, dan pilih “Inspect

Cara Tebus Kredit Shopee Sebanyak RM200 Bagi Oktober 2021, Tebus Sekarang!

Pada bahagian tab bawah, pilih Console.

Semak Jumlah Belanja Shopee

Semak : Shopee Pembelian Saya

Tampal kod yang disalin tadi, dan tekan Enter.

Skrip akan berjalan untuk beberapa saat, dan seterusnya pada penghujungnya memperlihatkan jumlah yang telah anda belanjakan.

Jadi, berapakah yang telah anda belanjakan sepanjang menggunakan Shopee?

Kerajaan dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran hebat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini melancarkan kempen Jimat Air 1.0 yang menawarkan e-Rebat RM200 bagi pembelian mesin basuh di Shopee.

Lihat SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.