Berikut adalah toksin yang menyerang kerang di Sungai Geting
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Namun dukacita dengan khabar baru-baru ini apabila hidupan kerangan ini diserang dengan toksin saraf (saxitoxin). Toxin tersebut berasal daripada alga berbahaya iaitu Alexandrium Minutum yang boleh mengakibatkan keracunan kepada pemakan kerang tersebut dan boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Oleh kerana itu, Pejabat Perikanan Daerah Tumpat telah mengeluarkan satu notis amaran kepada orang awam.Sama ada pemungut, penjual dan pengguna dilarang daripada memungut, menjual dan memakan kerang-kerangan dari perairan Sungai Geting, Tumpat, Kelantan.
Kerang-kerangan yang dimaksudkan ialah kerang, tiram, lokan, kepah, lala, etak dan lain-lain spesies kerang-kerangan.
Kandungan
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Sehingga 1990, masalah berkaitan keracunan paralitik kerang-kerangan hanya berlaku pantai barat Sabah. Pada awal 1991, buat pertama kalinya tiga orang mengadu sakit di Semenanjung Malaysia selepas makan kupang dari Sebatu, Melaka.
Hanya setahun kemudian, Alexandrium tamiyanavichi disahkan sebagai penghasil toksin. Sejak dari itu, kes ledakan alga berbahaya (HAB) dilaporkan di pelbagai kawasan di Semenanjung Malaysia.
Saintis berkata istilah ‘air pasang merah’ mengelirukan kerana HAB bukan saja menukar air kepada warna merah tetapi coklat dan berbuih. Perubahan warna di dalam air dapat dilihat pada waktu pagi.
Ia akan tenggelam untuk mengelak cuaca yang terlalu panas. Tidak semua ledakan alga berbahaya, walaupun jika ia berwarna merah.
Di Lumur, Perak dan Pulau Pinang, terdapat ledakan Ceratium furca yang tidak menghasilkan toksin walaupun ia mempunyai karakter kesan air pasang merah.
PERNAH MENYERANG TUMPAT 2010
Pada 2010, enam orang dikejarkan ke Hopsital di Tumpat, Kelantan manakala seorang daripadanya meninggal dunia selepas makan kerang-kerangan yang mengandungi toksin dari Alexandrium Minutum. Hal ini sebagai bukti bahawa kesan sampingan daripada memakan kerangan yang dicemari toxin ini adalah sangat serius.
APAKAH PUNCA BERLAKU SERANGAN ALGA
Pakar Biologi Molekul Marin, Dr Leaw Chui Pin berkata, jika di Sabah pada 2013 ledakan alga berlaku secara kebetulan ketika kerja pemasangan paip di dasar laut antara Kota Kinabalu dan Pulau Gaya dijalankan
“Mana-mana baja yang dimakan akan tenggelam ke dasar laut dan menyebabkan eutrofikasi. Adalah lebih baik menggunakan makanan yang boleh kekal terapung di dalam air, bukannya tenggelam dengan sangat cepat,” kata Lim yang menjalankan penyelidikan ke atas mikroalga selama 20 tahun.
Ledakan alga biasanya berlaku di kawasan terlindung dengan pergerakan air yang terhad seperti lagun, pelabuhan dan kawasan Teluk. Sarawak tidak mempunyai masalah besar dengan ledakan alga kerana pergerakan air pasang surut yang konsisten di perairan negeri itu.
Terbaru Pengarah Perikanan Kelantan, Nazri Ishak berkata, kejadian ledakan alga itu sudah banyak berlaku di kawasan terbabit dan berpunca daripada banyak faktor termasuk cuaca panas.