Nilai Bitcoin (BTC)
Bitcoin hari ini mencatatkan peningkatan positif pada nilainya, sekaligus mencapai nilai tertinggi sepanjang masa, dengan melangkaui angka RM269k.
Sebelum ini, Btc mencatatkan nilai tertinggi melangkaui RM250k pada bulan April lepas. Namun, selepas itu ia mencatatkan penurunan nilai sehingga RM150k disebabkan pelaksanaan peraturan baharu di China.
BACA: 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja
Namun, kini ia memperlihatkan peningkatan dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat yag bakal membenarkan ETF buat pertama kalinya melibatkan Bitcoin.
Perkembangan nilai BTC ini juga dilihat memberikan kesan positif kepada perkembangan sihat kepada nilai-nilai kriptowang lain, termasuk Ethereum dan juga Solana.
Follow: SINI