“Saya Tidak Pernah Terfikir Untuk Buka Hijab” – Neelofa

Posted on

“Kerana Fesyen Inilah, Saya Dipandang Oleh Orang Luar Negara”

Kalau diimbas kembali industri hiburan kebelakangan ini memang banyak aksi panas yang mengundang kecaman peminat. Paling terbaru baru-baru ini Neelofa dikritik memakai jeans koyak dengan penampilannya yang berhijab. Menyedari hal itu, Neelofa mempertahankan fesyennya yang disifatkan ada gaya sehingga beliau dipandang orang luar negara.

“Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya. Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan ‘inner’. Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya, jadi pelbagai kritikan dilemparkan”

“Dengan penampilan saya ini jugalah saya diterima dan dipandang oleh orang luar ketika berada di Milan dan New York. Kenapa orang suka menghukum sesuatu daripada melihat apa yang saya sebenarnya lakukan untuk negara, agama dan budaya ketika berada di sana”

Malah disebabkan penampilannya mengenakan jeans koyak di lutut dan memaka turban di kepala hingga menampakkan sedikit anak rambut, ramai yang menyuruh Neelofa tanggalkan saja tudungnya jika ingin berfesyen seperti itu. Namun Neelofa tidak pernah menyesal membuat keputusan bertudung dan memberontak hingga ingin membukanya.

“Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal. Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh bergaya juga,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Buat Neelofa, bertabahlah menjadi selebriti pujaan ramai kerana pasti ada sahaja mata yang memandang mencari kesalahan. Namun kalau diambil dari sudut positifnya pula, mungkin kata-kata nasihat dan teguran yang diberikan itu tandanya peminat sayangkan Neelofa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.