“Akal Pendek Je Tidak Faham Maksud Nafkah Batin tu”
Pengakuan Joy Revfa semalam mengenai nafkah batin yang gagal diberikan Hafiz Hamidun sedikit sebanyak buatkan ramai orang terkejut. Tidak dinafikan bila sebut sahaja pasal nafkah batin, pasti akan memikirkan hubungan ‘bersama’ diantara suami isteri. Menyedari dirinya dihentam teruk kerana membuka aib suami, Joy memberi penjelasan.
“Nafkah batin? Apa maksud sebenarnya? Since ramai sangat yang kecoh tentang NAFKAH BATIN. Ni nak perjelaskan yang cetek sangat ilmu tu. Jangan pikir nafkah batin kononnya nak buat anak je. Dia gagal memberi nafkah batin yg saya maksudkan di sidang media tadi tu membawa banyak maksud (tak perlu saya perjelaskan disini)”
“Jangan fikir nafkah batin tu happy atas katil je. Kalau tak tahu sangat maksud tu google atau tanya ustaz dan ustazah dulu apa sebenarnya nafkah batin yang saya maksudkan. Yang tetap menghukum saya konon membuka aib dia, silakan. Hanya yang follow kes saya dari awal saja tahu siapa yang buka aib siapa terlebih dahulu.
“Akal pendek je salah anggap maksud sebenar nafkah batin tu. Bila kita diam orang menghina dan mencaci. Bila kita bersuara dan perjelaskan perkara sebenar orang menghukum pulak. Terpulanglah. Bagi saya hanya Allah swt sebaik-baik penolong & pelindung,” tulisnya di Facebook.
Menerusi Instagram pula, Joy sempat memuat naik posting maksud nafkah batin di sisi agama Islam bagi menerangkan kepada orang ramai mengenai apa yang ingin disampaikan semalam. Pun begitu, di ruangan komen usahawan itu, masih ramai lagi menghentam beliau dan berpendapat isu tersebut tidak perlu dibicarakan kepada umum.
sumber : BEAUTIFUL NARA