Walaupun dunia teknologi perubatan semakin maju kehadapan, namun penyakit kencing manis salah satu penyakit yang saban hari terus meningkat dan sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkan kencing manis sepenuhnya. Sama ada kencing manis Jenis 1 atau pun Jenis 2. Ubat yang ada sekarang adalah untuk mengawal paras gula, sedangkan penyakit tu terus merosakkan tubuh kita.
Walaupun begitu, sekarang ni banyak sangat produk yang ada di pasaran yang katanya mampu menyembuhkan kencing manis. Bagi saya, terserah pada anda nak cuba produk apa pun, tapi jangan sesekali tinggalkan rawatan hospital dan ubat doktor.
Banyak yang berlaku pengguna tertipu dengan janji manis penjual sampai tinggalkan ubat doktor dan akhirnya komplikasi kencing manis berlaku dengan cepat sekali.
Tau-tau je kencing manis dah langsung tak terkawal dan kerosakan organ-organ dan tubuh badan berlaku dengan cepat. Sedangkan ubat doktor sebenarnya bukan nak rosakkan organ, tapi nak kawal gula darah supaya organ, salur darah dan saraf boleh dijaga dengan lebih lama.
9 tanda macam mana nak tau kencing manis tak terkawal:
1.Buang air kecil dan air besar tak lawas
Gula yang tinggi boleh rosakkan saraf. Jika saraf yang rosak tu ialah saraf pada sistem kencing atau berak ni, jadi lah kencing tersekat-sekat atau tak rasa nak kencing tapi pundi kencing dah penuh. Apa lagi sakit lah perut.
Saraf yang rosak pada bahagian perut dan usu pula boleh menyebabkan usus bergerak lambat. Jadi, najis pun boleh tersekat.
2. Makin kurang pendengaran
Ini pula berlaku bila salur darah dalam telinga rosak. Lama-lama telinga akan jadi pekak dan kurang upaya untuk mendengar.
3. Gusi Berdarah
Pesakit kencing manis cenderung untuk mengalami masalah penyakit gusi serius iaitu periodontitis. Kalau tak rawat dengan baik, boleh hilang gigi.
4. Mulut Kering dan Bengkak
Bila gula dalam darah tinggi, tisu lembut dalam mulut akan hilang lembapan. Lidah pun selalu rasa kering. Mulut akan rasa sakit, bengkak, dan mudah dijangkiti bakteria.
5. Penglihatan Jadi Kabur
Pada peringkat awal, mata kabur disebabkan oleh gula yang tinggi dan bendalir dalam mata tak seimbang. Keadaan ini boleh dipulihkan apabila gula dah turun. Lama-lama bila berlaku katarak atau kerosakan saraf, barulah ada risiko kehilangan penglihatan.
6.Kulit Jadi Kering dan Merekah
Bila gula dalam darah tinggi, maknanya darah jadi makin pekat. Jadi, kelembapan kulit akan berkurang. Maka, kulit akan jadi kering dan gatal. Bila kulit kering, dia jadi menggelupas dan merekah. Rekahan-rekahan kulit akan sebabkan bakteria pulak senang masuk ke dalam kulit. Dan boleh jadi jangkitan pula termasuk bisul.
7.Tangan dan Kaki Terasa Kebas dan Semut-semut
Bila saraf pada kulit terutama jari tangan dan kaki rosak, pesakit terasa macam dicucuk-cucuk dengan pin, atau jarum. Tapi jari dan kaki tak rasa panas, sejuk, sakit atau pun tekanan ke atas lantai bila berjalan sebab deria sakit tu dah hilang. Kemudian, kaki pun rasa lemah dan tak stabil bila berjalan.
8. Berpeluh dengan Banyak
Mereka yang ada kencing manis ni biasanya berpeluh dengan sangat banyak berbanding biasa, terutama pada waktu malam dan juga ketika makan. Berpeluh sebenanrnya mekanisma badan yang baik untuk menyejukkan badan. Tapi bila kelenjar peluh dah rosak, orang tu mungkin mungkin berpeluh sikit atau tak berpeluh langsung
9. Selalu Pening Dan Rasa Nak Pitam
Ada 2 benda yang menyebabkan pesakit kencing manis selalu rasa pening nak pitam. 1, bila gula tinggi dan darah jadi pekat, darah tak sampai ke otak.
Yang ke2, bila gula terlalu rendah. Ini adalah simptom biasa yang berlaku kepada penghidap kencing manis, terutamanya kalau makan tak dijaga.
Apa patut dibuat untuk kawal gula dalam darah?
Sakit kencing manis takkan boleh sembuh sebab penyakit ni ialahpenyakit yang melibatkan kemerosotan fungsi organ dan merupakan penyakit kronik. Makna kata, bila dah diagnose sebagai pesakit kencing manis, sel-sel tubuh pesakit sebenarnya dah pun rosak dan akan terus rosak jika tak dikawal.
Walaubagaimanapun, jika penyakit ini dapat dikawal dengan baik, pesakit masih dapat menjalani kehidupan yang sihat. Cara untuk kontrol kencing manis adalah, dengan:
– Mengurangkan pengambilan glukosa @ gula dalam pemakanan harian
– Mengurangkan pengambilan karbohidrat
– Mengurangkan makanan berkalori tinggi
– Makan dengan gizi seimbang
– Bersukan dengan teratur dan kerap
– Makan ubat dan mengikut arahan doktor, sama ada ubat makan ataupun insulin.
Pada masa yang sama, pengambilan makanan tambahan yang mengandungi antioksida mungkin boleh membantu pesakit kencing manis untuk mengawal gula, kerana kencing manis ialah salah 1 penyakit yang disebabkan oleh tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ
Sumber: petuaibu