Datuk Seri Vida, “Promosi Produk Kurus, Tapi ‘Part’ Mana Yang Kurus?”

Posted on

Nama usahawan terkenal ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Sering tampil dengan busana berwarna merah jambu dan bertemakan blink-blinkDatuk Seri Vida sering menjadi perhatian umum.

Baru-baru ini, beliau baru saja melancarkan lagu raya berjudul Lavida Raya. Lebih mengejutkan, baru saja 18 jam disiarkan, lagu tersebut menjadi tontonan ramai dan kini menjadi trending nombor satu YouTube di Malaysia.

Jika anda mengikuti Instagram Datuk Vida, pasti ramai yang tahu beliau sering memuat naik video bagi mempromosikan produk keluarannya.

Terbaru, video yang dimuat naik oleh beliau mendapat kecaman netizen. Menerusi video tersebut, beliau mempromosikan produk yang membantu mengurangkan masalah berat badan. Namun ramai yang meragui keberkesanan produk tersebut.

Menerusi posting tersebut, Datuk Vida memberitahu berat badannya turun 8 kilogram dengan mengamalkan produk tersebut.

Namun, ada segelintir netizen yang menyindir bentuk badan Datuk Vida tidak berubah dan sama seperti sebelum ini walaupun telah menggunakan produk tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Datuk Vida sudah berubah, sering berpakaian ketat dan tidak menjaga penampilan sebagai wanita berhijab.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.