Mengamuk Di Insta Stories, Nabila Huda Bidas Ibu Tiri

Posted on

Mengenali Nabila Huda beliau bukanlah artis yang suka-suka ingin menghentam mana-mana pihak tanpa sebab munasabah, namun tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja aktres itu mengamuk dan meluahkan rasa amarahnya dengan sikap seorang individu.

Melalui luahan hati Nabila Huda di Instagram Stories, bagai ada sesuatu yang sudah lama terbuku di hati. Lebih lagi pula, jarang kita lihat Nabila memuatnaik tentang kisah peribadi – yang selalu dikongsikannya adalah kebahagiaan mereka anak beranak dan juga video masakannya atau hidangannya yang bisa bikin lapar.

Namun baru-baru ini, Nabila mengecam dan juga membidas tindakan wanita berkenaan yang didakwa telah memalukannya di depan khalayak ramai. Mungkin tidak dapat membendung rasa marah, habis segala kisah dicurahkan Nabila di Instagram Stories – yang mungkin ramai tidak tahu.

Ringkasan melalui luahan hatinya itu, Nabila mendakwa ibu tirinya membuatkan hubungannya bersama bapanya, Amy Search semakin menjauh selain turut pernah memisahkan Nabila bersama anaknya. Di sebalik keceriaan Nabila yang dikongsikan di laman sosial, nampaknya tersembunyi luka-luka lama yang terpendam kemas – namun setiap kesabaran mempunyai had.

Sementara itu, Instagram ibu tirinya itu mula dihujani komen yang mengecam tindakan wanita berkenaan yang dikatakan menjadi punca hubungan kekeluargaan di antara Amy Search dan Nabila menjadi porak poranda dan juga kisah-kisah dari netizen sendiri yang turut melalui pengalaman yang lebih kurang serupa.

Apakah benar Abil mempunyai masalah yang sangat besar bersama ibu tirinya sehingga tidak boleh lagi mengawal perasaan berangnya terhadap wanita itu? Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada mereka berdua.

Apa pun, hari raya yang bakal tiba mungkin membawa pelbagai makna dalam kehidupan setiap orang namun sambutan Aidilfitri yang paling terkesan di hati pastinya apabila dapat bersatu kembali bersama keluarga tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.