Berikutan dengan penularan video Fasha Sandha yang kelihatan seolah-olah menjemput Aidil yang baru sampai di lapangan terbang serta kelihatan juga bersahaja mencium pipi dan tangan Aidil sebelum mereka berpelukan telah mencetuskan tanda tanya buat warga laman sosial, bagaimanapun Fasha enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Dia hanya mengatakan hubungannya bersama Aidil Aziz hanyalah sekadar seorang rakan rapat sahaja.
BACA: Mesra Berpeluk, Fasha Sandha Sudah Ada Kekasih Baru?
“No komen, saya tak bersedia lagi nak cakap apa-apa sebenarnya. Tak nak komen panjang takut jadi lain pula. Pasal video, no komen”
“Buat masa sekarang apa yang boleh saya cakap, kita berkawan sahaja dan dia kawan yang paling rapat,” katanya kepada Rotikaya yang ditemui baru-baru ini.
Fasha juga berkata, buat masa sekarang status dirinya masih solo, dan dia masih belum bersedia untuk berkahwin.
“Bukan senang untuk berkahwin. Saya senang dengan kehidupan solo sekarang ini. Sebab rasa senang nak bergerak, bekerja. Sekarang ini saya lebih suka cakap hanya berkawan rapat, dan saya selesa berkawan dengan dia”
“Selagi tak ada apa-apa ikatan dengan dia (Aidil) selagi itulah rasa diri saya masih solo. Tapi apa yang boleh dikatakan di sini saya memang rapat dengan dia (Aidil),” katanya.