Pada tahun lepas (2016) menyaksikan Chef Wan mengamuk dan menyuarakan isi hatinya terhadap segelintir perangai ahli keluarganya yang didakwa tidak membantu dalam membuat persiapan raya di kampung.
Ternyata sekali perkara tersebut turut memberi kesan kepada mereka yang terlibat dan pada tahun ini, chef selebriti tersebut turut meluahkan perasaannya di laman Instagram. Menurut Chef Wan, ada saudaranya yang tidak pulang beraya gara gara tegurannya sebelum ini.
“At my home I always put my foot down to make sure segala kerja beres dah nenek 86 tahun tak menjadi kuli kepada anak anak mahu pun cucu cucu. It’s disgusting to see old parent yang dah bongkok sabut dan lutut sakit ini kerja seharian membanting tulang pada hari raya begini”
“Anak anak atau cucu cucu yang tiada otak serta timbang rasa sahaja yang mampu melihat mak bapak yang tua ini terus membanting tulang. That is why mulut saya jika Raya memang bising jika ada yang saya rasa tak kena di hati”
“Tak rugi pun saya tak melihat anak buah yang saya sama-sama membesarkan mereka and then to grow up and turn on their back dan kurang ajar mcm terjadi pada my x nephew Nadmi itu. Tahun ini dia tak balik. Suka hati la,” antara luahannya di Instagram.
Jika dilihat dari sudut pandang Chef Wan ada betulnya juga apa yang diperkatakannya. Teguran di depan muka adalah lebih baik dari mengata di belakang saudara mara sendiri yang kemudian akan terpendam lama dan akhirnya meletop, meretak hubungan kekeluargaan berterusan.
Malah Chef Wan dalam satu gambar yang dimuatnaik juga turut menyatakan bahawa dia lebih senang berterus terang dalam menasihati ibu bapa yang tidak menegur anak yang membuat sepah di rumahnya ketika berkunjung di hari raya.
( sv/a )