Video Tular – Janna Nick Minta Maaf Terkangkang Dalam Masjid

Posted on

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan Janna Nick yang sedang duduk ‘terkangkang’ di dalam masjid. Menyedari dirinya dikritik kerana berkelakuan tidak sopan, Janna memohon maaf dan memberikan penjelasan.

BACAOrang Tunggu Je Aku Buat Silap Sikit” – Janna Nick

fokus betul . #semerahcintahumairah #JannaNick

A post shared by SYAFIQ KYLEZ 💓 💓 JANNA NICK (@skjn_support) on

“Tak adalah sampai terkangkang, masa tu tengah shooting dan babak untuk saya belum bermula lagi. Mungkin ada segelintir yang anggap tak sopan, saya minta maaf. Tapi sebenarnya apabila menjalani penggambaran, prosesnya mengambil masa agak lama”

“Dan bila saya perlu bersimpuh dalam keadaan berbaju pengantin, ia agak lenguh. Jadi saya ambil masa untuk releks sikit merenggangkan badan dan saya rasa ia adalah lebih kepada saya selesakan diri,” jelasnya.

Khabarnya video terbabit diambil ketika Janna sedang menjalani pengambaran drama, Semerah Cinta Humairah. Aksi spontan Janna itu dirakam secara tidak sedar, ketika beliau sedang berehat menantikan babak seterusnya.

Biasalah bila dah terlalu lama bekerja, mestilah badan lenguh-lenguh. Mungkin sebab Janna kelihatan seperti pengantin membuatkan ramai terkejut melihat seorang gadis beraksi begitu didalam masjid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.