Walaupun pernah mengalami episod menyedihkan dalam kehidupan rumahtangga sebelum ini, bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Lianamemberitahu dia tidak rasa fobia untuk berkahwin lagi.
Menjawab beberapa soalan daripada pengikutnya menerusi fungsi pertanyaan yang diperkenalkan di Instagram Story, Intan berkata perkahwinan adalah tuntutan dalam agama Islam, namun memberitahu buat masa ini belum berfikir mengenainya lagi.
Dalam pada itu, ada pengikut bertanya kepada Intan sama ada pernah terfikir atau tidak untuk mencari pengganti, Intan secara bergurau memberitahu dia ada terfikir untuk mencari pengganti namun akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.
“Ada rasa nak cari pengganti tapi takde orang nak… Hahaha. Tengok juga orangnya macam mana, tak nak dicurangi lagi,” jawabnya.
Intan juga turut menjawab pertanyaan mengenai ciri-ciri lelaki idamannya. Jejaka itu mestilah seorang yang comel, mengambil berat, bertanggungjawab, rajin dan menjaga solat.
Nama Intan menjadi perhatian umum apabila perkahwinan rahsia Ude bersama Izreen Azminda terbongkar. Intan dan juga Ude sebelum ini berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1. Bagaimanapun pada 22 Mac lalu, Ude menceraikan Intan Liana dengan talak satu selepas lima tahun berumahtangga.
SUMBER: MSTAR