Zarina Zainuddin Dedah Jadi Isteri Kedua Kerana Simpati

Posted on

Pada 13 Julai lalu genap 25 tahun usia perkahwinan pelakon Zarina Zainuddin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua.

Menerusi Instagram, Zarina kongsikan kisah perkahwinannya bersama usahawan tersebut dan mendedahkan perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta tetapi sebenarnya atas dasar kasihan. Kata Zarina lagi, dia menyedari hati wanita lain terluka disebabkan perkahwinan itu walaupun mendapat keizinan.

“Saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai. Walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka di saat saya baru mengejar bahagia. Alhamdulilah dengan izinnya, kahwinlah saya nun jauh di seberang sana.

Tambah Zarina lagi, suaminya memberitahu dia lebih mementingkan isteri pertama dan tiada cinta dalam dirinya terhadap Zarina. Namun dia memintanya bersabar dan akhirnya mereka masih bersama sebagai suami isteri.

“Selepas tiga bulan kawin suami saya berkata pada saya, Abang kahwin dengan Ina sebab Abang kesian saja, kakaklah (isteri pertama) segala-galanya dalam hidup Abang. Lepas kahwin baru Abang sedar Abang lebih perlukan dia. Kalau Ina nak cinta cinta ni tak ada, kalau sabar adalah nanti.

“Saya masih ingat lagi kata suami saya, ‘abang tak nak isteri keluar ikut depan, dia keluar ikut pintu belakang. Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan bersabar. Terima kasih abang. Sabar itu separuh daripada iman,” katanya.

Hasil perkahwinan dengan Datuk Raihan, mereka dikurnuakan dengan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

 

sumber :rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.