Sedang hamil sembilan bulan, Mia Ahmad berang apabila ada pihak mempersoalkan seluar jeans ketat yang dipakainya dalam sebuah gambar. Jelasnya, seluar itu direka khas buat wanita hamil, dan tidak menyebabkan bayi dalam kandungan lemas.
“Penat nak jelaskan banyak kali apa itu maternity outfit (pakaian mengandung). Saya faham ada yang prihatin tapi macam mana pula kita ni nak faham sejenis individu yang tidak buat kajian main nak kritik sahaja”
Tidak tahan dengan perbalahan netizen di ruangan komen, Mia bertindak menutup ruangan tersebut pada gambar itu. Gambar terbabit menunjukkan Mia memakai seluar jeans bersama dengan baju berwarna hijau.
Jelas Mia, beliau tidak dapat menahan marah apabila pihak yang mengkritiknya rata-rata hanya budak sekolah yang tidak pernah melalui proses kehamilan. Kata Mia, seluar itu selesa dan selamat dipakai buat wanita hamil.
“Baju dan seluar untuk wanita hamil dah banyak dijual di pasaran tapi masih ada juga yang tak tahu. Mereka tegur kata nanti bayi saya lemas dalam perut kalau pakai macam tu. Mula-mula saya biarkan sahaja malas nak layan”
“Tapi kadang-kadang emosi kita yang tengah hamil ni tak stabil.Tapi saya rasa kena tegur juga dalam masa yang sama ramai juga ibu-ibu yang sedang hamil bertanya tentang baju-baju dan seluar yang saya pakai itu,” katanya.
sumber :rotikaya