Setelah sekian lama Datuk Seri Vida menyepi tanpa sebarang kontroversi, namun dia kembali menjadi sebutan ramai gara-gara memuat naik satu video kurang sopan di akaun Instagramnya.
Untuk mempromosikan produk ‘grip’ yang mampu merapatkan semula bahagian alat sulit wanita selepas bersalin, Vida telah menyamakan produk berkenaan dengan alat sulit wanita. Siap buat demonstrasi lagi dengan karipap itu.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut merasa sangat jijik dengan perbuatan Vida dan menganggap dia tidak menghormati makanan. Ada juga yang berkata, sikap jutawan kosmetik itu sudah semakin pelik dan gedik.
Memang ada pelbagai cara untuk mempromosikan produk sekarang ini, ada yang tidak kisah memalukan diri mereka sendiri asalkan produk mereka laris. Namun, cara DSV ini tidak wajar dan tidak lawak pun. Makanan ini rezeki dan janganlah dijadikan bahan mainan pula. Apa pendapat korang?