Walaupun sering dikecam kerana dikatakan riak dan suka menunjuk, namun umum mengetahui sisi baik jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri merupakan seorang yang sangat mementingkan keluarganya.
Pernah melalui kehidupan susah ketika kecil, Aliff Syukri tidak mahu nasib sama menimpa anak-anaknya. Walaupun hidup serba mewah, namun Aliff tidak pernah manjakan anak-anaknya dengan kemewahan.
Baru-baru ini, Aliff kongsikan video menunjukkan beliau menghukum anaknya. Menerusi posting tersebut, Aliff memberitahu pokok sayur yang ditanam selama berbulan habis mati kerana dicabut oleh anaknya. Ujar Aliff lagi, apabila dia sentiasa berbuat baik pada anak-anak, mereka akan pijak kepala.
Tindakan Aliff itu mendapat pujian netizen kerana tegas mendidik dan menghukum anak untuk kebaikan mereka. Ada yang mengatakan ramai ibu bapa sekarang terlalu manjakan anak-anak sehingga tidak berani untuk ‘naik tangan’ dan akhirnya mereka sukar untuk dibentuk.
Namun seperti biasa pasti ada segelintir netizen yang kurang senang dengan video tersebut dengan mengatakan video tersebut tidak perlu disiarkan kepada umum kerana bimbang ianya boleh menimbulkan fitnah pada keluarga beliau. Ada juga mengatakan tidak perlu marahkan anak sampai begitu sekali kerana pokok tersebut boleh diganti semula.
Mungkin anak ketiga kepada Aliff Syukri dan Nur shahida itu mahukan perhatian memandangkan pasangan itu baru sahaja menimang cahaya mata baru, Yusuf Al-Qardawi.
SUMBER : INSTAGRAM ALIFF SYUKRI