Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ iaitu Zizi Kirana sering dikecam teruk netizen berikutan imejnya yang agak seksi. Namun bagi Zizi, dia menerima segala kritikan dan lebih bahagia dengan caranya sendiri, malah keluarganya lebih mengetahui siapa dirinya yang sebenar.
“Ada yang pernah bagi cadangan untuk tutup komen di media sosial, tapi pada saya sendiri, tak perlu nak tutup pun orang tetap mengata. Saya okay sahaja apa orang nak kata.
Baca : PANAS! Terbaru Gambar Tayang Lurah Dan Perut, Zizi Dikecam Netizen
“Sememangnya saya bahagia begini dengan apa yang saya buat, dengan keluarga saya, malah mak saya pun tahu saya macam mana. Setakat ini, mak saya tak pernah lagi cakap ‘kau janganlah pakai baju macam tu’. Sebab dia sendiri pun tahu had saya sampai mana,” katanya kepada Media Hiburan.
Dalam pada itu, Zizi turut kongsikan perasaannya ketika mula-mula dikecam netizen dan baginya setiap orang ada pandangan mereka masing-masing.
“Mula-mula kena tu, perasan macam apahal pulak nak marah tapi bila lama-lama, saya dah okay. Bagi saya semua orang ada pandangan dan penerimaan masing-masing dan dia orang pun ada kepala otak masing-masing jadi suka hatilah nak buat apa. Begitulah juga dengan saya,” katanya.
Terdahulu, Zizi mendedahkan dia sering menerima bahan-bahan berbaur lucah daripada netizen. Lebih mengejutkan ada yang berani menghantar mesej mengajaknya keluar.