Bulan lalu, viral di media sosial mengenai sekeping foto notis muflis yang tertera nama Elfira Loy, menimbulkan persoalan dari netizen adakah benar pelakon itu didakwa sudah bankrap. Kemudian timbul satu cerita apabila seorang netizen mendakwa pelakon itu mencari kekasih yang boleh membayar hutangnya.
Namun kali ini lain pula ceritanya apabila seorang netizen menyindir kepsyen Elfira di akaun Instagram dengan mengatakan bahawa pelakon itu kini sudah boleh menyelesaikan segala hutang, termasuk hutang adik lelakinya.
Netizen tersebut turut meminta Elfira agar mengingatkan adik lelakinya untuk membayar hutang yang tidak berbayar bertahun lamanya. Netizen itu juga turut mendakwa dia sudah banyak kali meninggalkan komen di akaun Instagram adiknya itu, namun sering dipadamkan.
Netizen itu juga mendakwa resit bayaran juga sudah dihantar berkali-kali dan namun tiada sebarang pembayaran dibuat. Netizen itu juga turut meminta agar Elfira menghubunginya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Komen-komen tersebut kini menjadi viral dan menjadi bualan ramai di laman Twitter . Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada maklumbalas atau kenyataan lanjut dari Elfira mahupun adiknya mengenai hutang yang dimaksudkan oleh netizen itu.
sumber : rotikaya