Perkahwinan pelakon Datin Paduka Eina Azman dengan Dato Paduka Kaiser Gurmeet Singh dikurniakan dengan pasangan kembar lain jantina, Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Pasangan itu baru-baru ini menyambut ulang tahun keempat perkahwinan di Santorini, Greece dalam satu percutian.
Gambar-gambar dari percutian itu telah dimuat naik ke Instagram oleh Eina. Salah satu dari gambar yang dimuat naik ialah gambar selfie solonya. Namun begitu, seorang pengguna Instagram menegur Eina, ‘mana Ebby Yus’ dan memberikan komen seolah-olah Eina seorang mata duitan
Namun begitu, komen itu dibidas oleh Eina yang menganggap pengguna Instagram itu busuk hati.
Penulis agak hairan juga mengapa pengguna Instagram itu membuat komen sebegitu. Mereka sudah bertahun berkahwin dan ada anak kembar.
Lain orang lain citarasa, malah Eina juga pernah menyatakan bahawa suaminya kacak di matanya. Doakan yang baik-baik saja sudah, ya tak?
Sumber : beautifulnara.com