Gara-gara memuat naik gambar sedang memandu kereta bapa di Instagram, Mia Sara Nasuha dikecam kerana tiada lesen dan masih di bawah umur.
Kebanyakan netizen bertanya berapakah umur Mia yang sebenarnya kerana dia masih bersekolah lagi.Namun dia tidak menjawab pula pertanyaan pengikutnya di Instagram.
Netizen juga menasihati apa yang salah harus ditegur agar remaja yang masih bawah umur tidak mengikuti jejak langkah Mia yang sudah berani cuba-cuba membawa kereta walaupun ditemani bapa.
Ada juga yang memarahi Mia kerana video ini tidak sepatunya dimuat naik tambahan pula Mia merupakan public figure.
Remaja lain juga boleh terpengaruh dengan tindakan Mia.
Bukan itu sahaja, bapa Mia juga ditegur oleh netizen kerana membenarkan anaknya memandu tanpa ada lesen dan boleh dikenakan tindakan oleh polis.
Sampai begitu sekali Mia dikrtitik. Benar apa kata netizen, apa yang salah tetap salah namun ada baik tegur sahaja cara baik. Tidak perlulah marah.