Datuk Seri Vida : Sebarang Promosi Lavida Coin Dihentikan

Posted on

Jika sebelum ini Datuk Seri Vida pernah menyatakan bahawa pihaknya akan berbincang dengan bank negara mengenai status wang kripto Lavida Coin, baru-baru ini usahawan kosmetik ini hadir dengan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikongsikan di laman sosial tersebut, buat masa sekarang, pihaknya memberhentikan aktiviti promosi sepanjang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia membuat penilitian lanjut.

Melalui perkongsiannya itu juga ada kecaman namun dalam masa yang sama turut menerima sokongan dan nasihat dari peminat yang mengharapkan agar DSV mengusahakan perniagaan lain selain Lavida Coin.

Isu berkaita Lavida Coin ini hangat diperkatakan apabila Vida sendiri mahu menukar hadiah rantai yang didakwa palsu oleh juara Gegar Vaganza musim keempat iaitu penyanyi Aisyah. Namun melalui kenyataan Bank Negara, Lavida Coin tersenarai di dalam Amaran Pengguna Kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.