Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui teruja melalui kehidupan baharu bergelar seorang bapa sejak Ogos lalu.
Menurut aktor kelahiran Pulau Pinang itu, dia kini memang langsung tidak boleh berenggang dengan anaknya, Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada tanggal 30 Ogos lalu yang juga bersamaan dengan ulang tahun kelahiran ke-33 Sharnaaz.
“Saya sekarang lebih banyak masa dihabiskan dengan anak. Dia pun dah pandai, kalau boleh nak kena dukung 24 jam.
“Kalau outstation atau keluar penggambaran, memang akan teringat. Macam hari itu pergi Manchester tujuh hari pun dah tak tahan rasa rindu.
“Kalau rindu cepat-cepat saya buat panggilan video, dalam sehari adalah dalam lebih lima kali sehari, saya rindu nak tengok wajah Jebat. Saya lebih banyak video call dengan anak daripada isteri pula sekarang ni,” katanya
Baca : “Jangan Gatal Macam Baba,”- Isteri Sharnaaz Ahmad Bagi ‘Warning’ Pada Anak
Sharnaaz ditemui pada majlis sidang media Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung di Bukit Kiara, baru-baru ini.
Menerusi ASK2018, Sharnaaz diberi tanggungjawab sebagai penyampai anugerah bersama barisan artis lain seperti Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Zahirah MacWilson dan ramai lagi.
Sejak mempunyai cahaya mata, Sharnaaz turut mengakui yang dia kini lebih banyak meluangkan masa di rumah daripada bersiar-siar di luar.
“Sekarang kalau ada masa terluang, memang saya akan bersama dengan Jebat sahaja. Kalau tidak pun saya akan pergi main golf dan terus pulang ke rumah lepas tu. Memang dah tiada lepak-lepak di luar pasal asyik rindukan anak,” ujarnya lagi.
Sharnaaz berkahwin dengan kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa pada 31 Mac 2017.
Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad