Baru-baru ini seperti yang peminat setia Mia Ahmad perasan, pelakon wanita berkenaan ada memuatnaik gambar, yang tidak tahu ditujukan kepada siapa. Namun lebih mengundang persoalan apabila gambar suaminya turut dipadam dari laman sosial Instagram.
Sehubungan dengan itu, terdapat forum dan juga peminat yang berspekulasi tentang keadaan semasa rumahtangga pelakon ini lebih-lebih lagi kini Mia masih lagi dalam waktu berpantang selepas melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 28 September lalu.
Menerusi mStar Online, Izham yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), perkara tersebut bermula daripada tuduhan pasangan kekasih. Menyifatkan perkara itu berniat jahat, Izham akan menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.
“Ingin saya tegaskan saya tidak mengenali wanita dimaksudkan mahupun teman lelakinya malah saya tidak tahu apa motif mereka menuduh saya curang dibelakang Mia”
“Apa yang saya nampak motif mereka mahu memporak-perandakan rumah tangga kami dan saya jadi sasaran mungkin kerana orang kenal kami,” jelasnya.
Mengenai perkembangan Mia, Izham menyatakan bahawa isterinya itu dalam keadaan tenang malah dia sendiri sudah menjelaskan situasi sebenar kepada Mia.
“Alhamdulillah Mia dalam keadaan tenang sekarang… Dia ada bersama saya dan anak. Saya sudah menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan fokus saya sekarang adalah untuk menyelesaikan perkara ini secara baik”
“Sekarang nampak seperti saya yang bersalah walaupun sebaliknya yang berlaku… Saya tidak akan mengalah bagi memulihkan keadaan,” katanya lagi.