Usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri mendedahkan yang ada orang kenamaan atau VVIP yang ketika ini masih mempunyai hutang besar terhadap beliau.
Aliff Syukri mendedahkan yang jumlah hutang setakat ini adalah RM2 juta dan sudah memulakan proses untuk meminta hutang tersebut namun kecewa pihak terbabit masih berdegil untuk membayar.
BACA : “Hidup Rasa Kosong, Saya Takut Hanyut Dalam Duit” – Datuk Seri Aliff Syukri
“Saya sudah menghantar surat dan berjumpa dengan orang tersebut. Saya menyerahkan segalanya kepada peguam untuk menyelesaikannya namun jika boleh diselesaikan secara baik lebih bagus”
“Pesanan saya kepada orang yang suka berhutang, jangan jadikan orang yang meminta hutang seperti pengemis. Saya belum viralkan lagi, jangan paksa saya untuk membesarkan isu ini,” katanya kepada Astro Gempak.
SUMBER : ASTRO GEMPAK