Seringkali kita tersalah anggap sesuatu perkara tanpa selidik terlebih dahulu. Golongan selebriti yang menjadi perhatian turut tidak terlepas daripada perkara sebegini dan baru-baru ini, Nad Zainal turut terkena tempias gara-gara ‘wajah sombongnya’.
Tidak mudah melatah dan menjelaskan perkara tersebut di Insta Stories, Nad menyatakan bahawa dia sebenarnya mempunyai masalah penglihatan sehingga ada peminat yang turut terkesan dengan perkara tersebut kerana tidak dalam perhatian Nad.
“Orang kata muka kita muka ‘kekwat’ (sombong). Muka kekwat… Tapi kita tak kekwatlah. Dan… I rabun. Rabun sejak darjah dua. Mestilah buat muka selamba. Takkan muka gemuruh pula. Melainkan orang panggil atau lambai”
“Kita tukarlah mode ‘Nad Zainal’, kalau tak… I manusia biasa, I mak Yem, I bini Faliq, I tak pernah rasa I ni siapa-siapa,” jelasnya di Instagram.
Buat peminat selebriti di luar sana pun, jika nampak artis kegemaran anda, tegur saja terus. Kadang-kadang kita pun tak perasan orang’kan?