Tidak mahu berselindung mengenai status hubungannya bersama kekasih, Ruhainies baru-baru ini menjelaskan kepada Harian Metro bahawa dia sudah menerima lamaran Mr E yang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang menetap di London. Lebih manis, Ruhainies dilamar di Itali.
“Saya tidak menjangka dia lamar saya dengan berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan. Ayat ‘will you be mine’ yang diungkapkan membuatkan saya terharu dan berasa sangat bahagia. Malah, hingga sekarang masih terngiang-ngiang lagi ungkapan indah itu”
“Banyak kali dia cakap. Saya fikir dia bergurau. Apabila sampai di London, dia buat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas. Saya seakan berada dalam dunia ‘fairy tale’ dengan layanan istimewa itu. Dia sangat sempurna di mata saya,” kongsinya kepada portal berita tersebut.
Malah menurut Ruhainies, walaupun hubungan meraka adalah hubungan cinta jarak jauh, dia sangat mempercayai lelaki tersebut malah Mr E juga turut serius untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.
“Saya tak pernah berasa curiga dengan kejujurannya. Bersamanya saya rasa sangat selamat dan disayangi. Dia setia orangnya meski kami bercinta jarak jauh. Dia serius dengan hubungan ini malah saya nampak visi dan misi untuk menyunting saya sebagai suri hidupnya,” katanya.
Bagaimanapun, untuk berkahwin, Ruhainies terlebih dahulu mahu memberi laluan terhadap kakanya, Risteena terlebih dahulu. Apa pun, semoga perjalanan Ruhainies ke arah jinjang pelamin dipermudahkan.
sumber : harian metro