Sufian Suhaimi Anggap Lagu Layak Ke AJL 33 Satu Hikmah

Posted on

Mendakwa lagu Di Matamu mungkin sekadar lagu sedih biasa jika peristiwa putus tunang tidak terjadi dalam hidupnya, Sufian Suhaimi menganggap kesedihan yang dialaminya sebelum ini berbayar apabila lagi itu layak ke AJL.

“Syukur dan gembira lagu ini layak dan harapan saya untuk membawa lagu ini ke pentas AJL 33 tercapai. Ia mungkin menjadi lagu sedih untuk rakyat Malaysia selepas apa yang berlaku dan kehidupan sebenar saya sebelum ini”

“Kesedihan terbayar dan ia hikmah selepas apa yang berlaku dalam hidup saya. Jika ia tiada kaitan dengan kehidupan sebenar saya Di Matamu mungkin menjadi hanya sebuah lagu sedih biasa,” katanya kepada m Star Online.

Lagu Di Matamu merupakan antara 12 lagu yang layak ke AJL 33 yang bakal diadakan pada 3 Februari depan. Bagi Sufian, apabila lagu dihasilkan bersatu dengan kehidupan sebenar membuatkan ianya istimewa.

Sebelum ini lagu Di Matamu dilancarkan tidak lama selepas peristiwa putus tunang diantara Sufian dan Elfira Loy pada 18 Feburari lalu. Tahniah buat Sufian, bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.