Nora Danish Teringin Timang Anak Perempuan Pula

Posted on

Meskipun kehidupannya kini sudah lengkap dengan kehadiran tiga anak lelaki, pelakon Nora Danish memberitahu jika diberi rezeki untuk hamil lagi, dia mempunyai keinginan menimang anak perempuan pula.

Ujarnya lagi, jika dikurniakan seorang anak perempuan sudah cukup baginya. Bagaimanapun, perancangan untuk hamil lagi bukan dalam masa terdekat memandangkan anak bongsunya, Ney Ney masih lagi kecil.

“Kalau dapat seorang pun jadilah. Tetapi, perancangan untuk mengandung lagi bukanlah dalam jangka masa terdekat ini kerana anak bongsu saya, Mohamed Neqayl Nedim (Ney Ney), baru berusia sembilan bulan.

“Ney Ney pun masih kecil lagi dan dalam proses membesar. Alhamdulillah, yang penting Ney Ney membesar dalam keadaan sihat. Dia (Ney Ney) pun sekarang kuat makan dan senanglah menguruskan penjagaan hariannya. Suami saya, Nedim Nazri juga banyak membantu,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini Ney Ney sering menjadi mangsa ejekan dan kutukan netizen, kini Nora gembira dengan penerimaan baik netizen terhadap anaknya itu. Kata Nora lagi, dia enggan ambil pusing dengan segala kecaman dan lebih selesa membiarkan saja cakap-cakap orang mengenai dirinya.

“Biasalah, dalam dunia teknologi masa kini sesiapa saja boleh mengata apa-apa. Saya lebih selesa tak ambil peduli mengenainya. Saya sudah lali dengan pelbagai kecaman yang dilemparkan sebelum ini dan sekarang selesa membiarkan saja dan tidak pedulikan langsung.

“Sekarang, saya sudah ke tahap tak payah peduli. Nak kecam atau apa, suka hati mereka. Biarkan saja, asalkan mereka puas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.