Hari ini bermula hari pertama sesi persekolahan di seluruh Malaysia. Pasti ramai diantara ibu bapa yang sibuk membuat persiapan terakhir untuk anak-anak semalam. Ada diantara ibu bapa yang masih lagi mencari baju uniform sekolah yang baru untuk anak-anak.
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa personaliti fesyen, Wak Doyok ada mengeluarkan baju sekolah jenamanya sendiri. Namun, sejak semalam baju sekolah Wak Doyok viral di Twitter gara-gara potongan slim fit pakaian seragam tersebut.
Rata-rata netizen mempersoal baju sekolah tersebut sama ada dibolehkan atau tidak untuk digayakan ke sekolah. Ada yang meluahkan rasa bimbang jika ada pelajar yang akan dipanggil guru disiplin kerana baju sekolah tersebut dilihat agak ketat dan tidak mematuhi peraturan pakaian sekolah.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen menyokong usaha ikon fesyen tersebut dengan mengatakan Wak Doyok dilihat bijak mencari peluang dalam perniagaan.
Tak pasti pula dibolehkan atau tidak memakai baju slim fit ke sekolah. Tetapi jangan pula ada pelajar sekolah yang simpan misai dan jambang macam Wak Doyok.