Populariti pelakon jelita, Farah Nabilah semakin meningkat naik apatah lagi selepas beliau dinobatkan sebagai Arits Baharu Wanita Popular ABPBH 31 yang lalu.
Namun, hujung minggu lalu ada berita kurang enak tersebar mengenai beliau. Farah dikatakan sudah mula tunjuk belang, berlagak diva sehingga berani untuk memarahi seorang pengarah yang juga merupakan pengurusnya.
Malah, pihak penerbit dan kru juga tidak berpuas hati dan sudah bosan untuk melayan perangai buruk Farah itu ketika menjalani penggambaran di luar negara. Bagaimanapun, Farah menafikan dakwaan tersebut.
Berkenaan dengan artikel tersebut memang tidak benar langsung dan saya tak nak panjangkan cerita ini.
Mungkin khabar angin mengenai Farah ini timbul kerana salah faham sahaja. Secara amnya, sikap diva tidak akan membuat seseorang artis itu kekal lama.